Wednesday 31 October 2012

Latihan Pemilihan Peraturan di Kantin dan Kelas



Tulis peraturan di kelas dan kantin di ruangan yang betul. B3 DT1 E1
Tutup suis lampu dan kipas sebelum balik.
Cuci tangan sebelum makan.
Beratur semasa membeli makanan.
Dilarang menjerit-jerit di dalam kelas.
Dilarang conteng meja dan kerusi di dalam kelas.
Letak pinggan dan mangkuk ke dalam tong yang disediakan.

Peraturan di kelas:


1.


2.


3.

Peraturan di kantin:


1.


2.


3.

Latihan Kata Hubung



Bina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung.
B3 DB1 E1              


1.
Jia Yen bermain di taman.
Nora bermain di taman. (dan)


____________________________________________


2.


Cikgu Wong garang.
Cikgu Wong baik hati. (tetapi)


____________________________________________


3.


Kamu hendak pinjam buku?
Kamu hendak pinjam pensel? (atau)


____________________________________________


4.


Buku itu tebal.
Buku itu murah. (tetapi)


____________________________________________


5.


Navin suka makan telur.
Navin suka makan ikan. (dan)

____________________________________________

Tuesday 30 October 2012

Persembahan Adik Evan Chai dari Kelas 2 Li Zhi


Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah di SJK(C) Sungai Jan, Jerantut, Pahang

                  


Persembahan adik Evan Chai dalam Pertandingan Bercerita 

Bahasa Malaysia yang bertajuk "Kancil Yang Cerdik". Oleh sebab 

masalah teknikal, saya tidak sempat merakamkan pendahuluan 

cerita yang disembahkan oleh adik Evan Chai.

Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah 19/10/2012 (Jumaat)


 


 Perhiasan latar belakang yang disediakan oleh
 Cikgu Nora dan Cikgu Nor Azlina.


Peserta Tahun 1 Ren Ai yang bernama Wong Yin Shen
 telah menyampaikan tajuk cerita  "Anjing Yang Tamak".


Ketua Kelas 1 Ren Ai adik Cheah Cheok Yi juga mengambil bahagian dalam pertandingan dan tajuk ceritanya ialah
 "Raja Rimba Yang Licik" telah mendapat tempat sagu hati.


 Adik Tey Yee Thong yang berjaya meraut Johan dalam pertandingan kali ini telah menyampaikan cerita bertajuk
 "Musang Dengan Anggur".


 Peserta dari kelas Tahun Dua Ren Ai. Cikgu yang mengajarnya ialah Cik Pon Kwit Fong.


 Barisan hakim yang adil lagi bijaksana sedang mengambil tempat sebelum pertandingan bermula.


 Para peserta sedang menunggu untuk menyampaikan
 cerita masing-masing.


 Murid-murid yang tidak menyertai pertandingan duduk di atas lantai dengan diam dan teratur semasa mendengar cerita yang disampaikan.


Peserta-peserta yang akan menyampaikan cerita mereka.



Dua daripada tiga orang peserta pertandingan bercerita Bahasa Malaysia dari Kelas Satu Ren Ai telah mendapat pingat dalam pertandingan ini.

Kad Galakan "Mari Bertanding"



Penyediaan Kad Galakan "Mari Bertanding" ini untuk Kelas Tahun 1 Ren Ai adalah untuk memberi galakan kepada murid-murid supaya lebih rajin membaca ejaan yang akan saya berikan pada setiap hari Jumaat. Sebelum ini , saya akan memberi tulisan perkataan kepada murid pada setiap hari Rabu. Tujuan kerja rumah ini juga adalah untuk menambah tahap penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Malaysia murid-murid.

First time teaching BM Year 1

This is my first time teaching Bahasa Malaysia Year 1 in my teaching life. I hope I can do my best.